I said..

LIFE IS NICE AND ENJOYABLE WHEN YOU SHARE SOMETHING WITH PEOPLE AROUND YOU..CHEER THEM..MAKE THEM LAUGH TOGETHER WITH YOU..do not underestimate others..everybody have their own weakness..principle always be in heart to have good personality..respect others..THAT IS THE REAL MEANING OF LIFE! :D

About Me

My photo
HAFIZ YUSOFF,fashion lover,sleep lover,nescafe lover,"pelik-pelik" lover,vintage lover,berseluar singkat sekali-sekala

Tuesday, November 13, 2012

13112012

ASSALAMUALIKUM....

Lama sungguh tak update blog.Sibuk(kalah menteri ka???).Done with Module 1,2 and 3.Final project pun menjelmalah.Sekejap ja rasa,macam baru masuk ja,baru MHS.Tup tup dah mid sem dah.Yang paling mengerikan,dah dapat final project.Cool..cool!

Nak share gambar Sekeping Victoria by Ng Seksan sebenarnya.Tak pernah tahu kewujudan tempat ni pun walaupun dah pernah pergi Penang.An old shophouse,bought by him,and restored.Now,it is more or less like a hostel,you can rent a room here at Sekeping Victoria,Lebuh Victoria,Georgetown,Penang. :D







Thursday, October 18, 2012

18102012

Alhamdulillah for JPA-masih penat-banyak kerja-selalu di studio-cepat "terasa" maybe-i don't know why

Tuesday, October 2, 2012

02092012

wahhh! Assalamualaikum sekalian alam...MHS dah habis..kelas semua dh start.Titeewww penat! tapi best!suasana di studio, bising-bising dengan studiomates.
Dapat buddy bernama IZHAR..sangat cool and best!alhamdulillah!
Tadi pergi SKR,lepas tu sempat tengok perarakan istiadat konvokesyen,rasa sayu yang mendalam and i am really inspired! 2 tahun lagi!
Bertahan wahai HafizYusoff!

Friday, August 31, 2012

31082012

SELAMAT HARI MERDEKA KE-55!!!


My last doodle artwork at home entitled "RAGAM" to have a view on people behavior in this world :)

Thursday, August 30, 2012

New Spectacle for new academic session(Maybe)

Assalamualaikum....

Hoyeahh!Selalu tajuk post tarikh je,kali ni panjang berjela.Boleh macam tu???
Dah buat cermin mata baru sebab dah lama berkenan dengan pattern yang besaq-besaq ala-ala budak nerd+retro tu.Alhamdulillah dh siap dan alhamdulillah jugak 'tahap kerabunan' tak berubah dalam masa tiga tahun ni :)



p/s- 1-Badan berisi sangat sebab duduk rumah makan best! lepas tu bersenam/joging memang tak lah kan
2-Rasanya semua dokumen nak masuk UM dah siap kot Insya Allah :)

Thursday, August 23, 2012

23052012

Biarlah mereka nak terasa ka apa ka,sebab aku dah terasa perasaan ni 7 tahun lepas.Biarlah mereka nak kata aku kurang ajar,sebab aku pernah diabaikan 7 tahun lepas.biarkan mereka kata aku tak mengenang budi,sebab aku takkan pernah kisah.......!!!

Saturday, August 18, 2012

TOTE BAG MAKEOVER :)

ASSALAMUALAIKUM

Wahh!Selesai masak rendang(macam mamak stail sbb terlebih bunga cengkih) dan kuah kacang!So,post ni mungkin sempena raya,mungkin laaaaa,berkaitan "Tote Bag Makeover".

Aku beli tote bag ni kat kedai barang jepun kot x silap kat Pavilion.Yang aku ingat kedai tu second day baru bukak.Dah lama nak buat macam ni cuma cari tote bag(yang kosong/tadak design apa-apa) mcm pattern ni tak penah nak jumpa,so dah jumpa belilah.So,semalam baru siapkan makeover tu,mungkin sempena raya kot.




Pada kesempatan ini saya ingin mengucakpkn SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Mohon maaf atas segala salah dan silap saya :)

Thursday, August 16, 2012

17082012

ASSALAMUALAIKUM

Habis bosan, try lah guna water colour pulak.Nak asah balik skill guna water colour.Dulu pernah belajar guna water colour dengan cikgu Suhaimi Yusoff dan cikgu Rosnedah tapi dah bertahun tak guna.feel a little bit of awkward at the moment!Ok,still kekok but i will try my best!

Hasil seni ini diberi nama "HUMAN AND LIFE". Warna-warna yang digunakan melambangkan kehidupan yang bagi aku dipenuhi dengan pelbagai ragam manusia.Kadang-kadang kita sendiri tak memahami "ORANG" itu walaupun dia adalah kenalan kita.Sedangkan, orang yang kita tidak kenal boleh menjadi kawan,teman,sahabat kita."ORANG" itu boleh berubah dalam sekelip mata sama ada ke arah kebaikan mahupun kejahatan.Kadang-kadang "ORANG" itu boleh menjadi baik,kadang-kadang boleh menjadi jahat, manja, berani, penyayang dan pelbagai lagi.Tak dapat dinafikan, kerenah "ORANG" itulah yang mewarnai kehidupan kita, mengajar kita erti sebuah "KEHIDUPAN".


p/s-tote bag makeover in making!!!! >__<""

Wednesday, August 15, 2012

15082012

My design for raya.Colour experimental and lines(drapping part) inspired me.First trial using water colour.**Sila hiraukan lettering itu yang senget-benget tah hapa-hapa sebab buat format tak guna pembaris**

 

Tuesday, August 14, 2012

14082012

ASSALAMUALAIKUM

2nd post of the day.My design during leisure time(selain tidoq dan baca cerpen/novel di Penulisan2u).Semua dress ni adalah cubaan mengeksperimentasi dengan warna.Enjoy!
And, sekarang sedang menyiapkan design untuk raya(waahh!berangan sat! akan di post kemudian).. :)


Inspired by Stephane Rolland Haute Couture.It comes into two pieces; the blue jacket and the yellow dress.The yellowish lines are actually will be made using plastic! It is fun if it happen in the real world! hoyeahhh!
 


Inspired by Stephane Rolland Haute Couture.It comes into two pieces; the top and the skirt.The green lines will be made using plastic!Fun to see in the real world!And i called this dress as "kebaya payung" as it looks like kebaya+umbrella!
Kain singkat itu inspired dari zaman Pn.Sri Saloma.


Inspired by Stephane Rolland Haute Couture at the shoulder and hand part.It will be made by plastic too! Fun to see in the real world!
Kain singkat itu inspired dari zaman Pn.Sri Saloma.

Monday, August 13, 2012

14082012

ASSALAMUALAIKUM

wahh!Lama tak update.Banyak benda (lah sangat) berlaku lately.FAILED JPJ TEST! Itu yang pasti.So,harap-harap 26 Ogos ni LULUS lah.Amin!Berbuka puasa dengan ex-schoolmate walaupun hanya 12 orang tapi it was meaningful and it is true!Semua borang untuk kemasukan ke Universiti Malaya dah 80% complete.Done the medical check-up, done the bank-in of Yuran Haluansiswa, done the gambar passport(tokei kat kedai gambar tu sangat baik hati sampai buat special size untuk gambar kat kad matriks sementara ty..hoyeahhh! ), done kerja-kerja penghantaran pos ekspres itu semua(sijil SPM yang pejabat sekolah hilangkan dan borang pengesahan pendapatan itu). OWH! Ramadan bakal meninggalkan kita, feel sad at the moment, hope we meet again the next Ramadan Insya Allah..Aminnnnn! :)

Monday, July 16, 2012

16072012

ALHAMDULILLAH again..!
Dapat KOLEJ KEDIAMAN PERTAMA,UNIVERSITI MALAYA a.k.a Asrama Tuanku Abdul Rahman(ASTAR).Kolej ni adalah kolej tertua di Universiti Malaya.Aku sebenarnya tak ralat sangat la tak dapat KK12(menjadi rebutan semua student UM sebab kolej terbaru dan terbesar kat UM) sebab ASTAR ni dekat dengan fakulti alam bina,dekat dengan exam hall,dekat dengan perhentian bas dan garaj bas,dekat dengan masjid ar-rahman.....hewhewhew!!!
Putra,Umair,Naziff,Ain Khalid(PASUM dan Embun) akan join kolej ni jugak..


p/s-rasa macam tak sabar pulak nak masuk UM!!!

Saturday, July 14, 2012

14072012

ASSALAMUALAIKUM....
ALHAMDULILLAH......

Itulah perkataan yang mampu aku ucapkan saat dan detik ini(mesti pengaruh cerpen penulisan2u ni!).

Sangat tak terduga!

First:sebabnya tak sangka pun result utk kos time degree nanti akn tau sama hari dengan result UPU sebab aku student asasi alam bina,PASUM dah tak perlu nak apply under UPU.So,just reda je lah tunggu surat dari UM.Tengok-tengok balik solat jumaat,bukak facebook,bukak page EMBUN,then dolah bg link and dia kata budak-budak alam bina pun dah boleh check!OH NOOOOO!KETAQ gila kot!so,aku pun check lah,sambil dok tepon asyrani(dia dah tau awal lagi dapat kos apa).Then,waaaahhhhhh!

SARJANA MUDA SAINS SENI BINA
(UNIVERSITI MALAYA)
sampai bising-bising kat bilik kakak aku(dah la time tu dia tidur..hewhewhew)

Second:aku x percaya dapat architecture.Kawan-kawan aku kata aku mmg patut dapat archi,tapi aku sendiri tak yakin boleh ke tak dapat archi.Projek aku dah la serabut,idea pun selalu tak berapa nak sampai.But,then segala jenis kekusutun,keserabutan dan segala jenis masalah dan beban dah pun terurai dengan keputusan ni.Alhamdulillah...!

Congratulations untuk semua rakan yang dapat tau result utk kos(asasi alam bina) dan result UPU!
Millions thanks to ALLAH for this result!
UM! meet again in September Insya-Allah!

Sunday, June 17, 2012

18062012

ASSALAMUALAIKUM
Tadi baca blog Hannan(budak Pasum yg baru kenal masa jadi PP haritu),and now dah rindu PASUM gila-gila! 
Rindu saat mula-mula masuk PASUM and terlibat dengan kesenian(jadi emcee Malam Persembahan Haluansiswa Asasi 2011/2012).Suatu pengalaman yang seriously tak dapat dilupakan and ALHAMDULILLAH boleh guna pengalaman dan ilmu yang diajar oleh PP Kia untuk aku ajar balik budak emcee tahun ni(sebab utama nak jadi PP..hehehehehe).
Rindu buat projek untuk graphic communication,art dan basic design.Mesti penuh bilik aku tak pun tetamu-tetamu pun memang ramai lah nak berkunjung.Masa buat final project basic design Sem 2 sampaikan 4 orang sebilik dan dah siap projek,bilik bersepah gila,sampaikan nak berjalan pun tak boleh.
Nak keluar jalan-jalan or makan-makan or tengok wayang dengan lelaki tabah(Asy,Putra,Umair,Faaiz,syukri),then pergi Taman Melawati beli barang buat projek sampai tertidur dalam LRT masa on the way balik..hahahahahaha.And sambut birtday sama-sama,makan kat kafe sama-sama.Haihhhhh..RINDU gila!!!



 
 **gambar-gambar masa first week masuk PASUM><

17062012


The idea:hanging flower petals and printed top


The idea:hanging drapping and colour contra


The idea:drapping,don't-know-what-to-call top and colour contra

Thursday, June 14, 2012

14062012

Best dapat makan steamboat dengan Ammar, Adam dan Nik.Makan sampai kenyang dan tali pinggang kena longgarkan sikit lepas makan sebab perut dah bertambah ukur lilitnya!YEAHHHH! 
p/s-sorry weyh ammar,nik,adam baru post sebab kuota broadband baru masuk><







Thursday, June 7, 2012

PEMBANTU PELAJAR MINGGU HALUANSISWA ASASI 2012/2013

ASSALAMUALAIKUM....
Waahhh!Penat lelah terbayar lepas selamat tiba di rumah;GURUN,KEDAH nan tercinta.
Mula-mula tu tak mau langsung nak jadi pembantu pelajar(PP) ni, at last, end up tergedik-gedik nak isi borang untuk jadi PP masa last day final exam.SEBAB UTAMA?NAK TRAIN EMCEE and SHARE MY EXPERIENCE AS EMCEE last year.
Tapi, banyak pengalaman yang aku dapat weyh!Jadi lebih penyabar dan rasional,buat keputusan dalam waktu-waktu yang genting dan kritikal, dan yang best DAPAT RAMAI KAWAN yang sebelum ni tak pernah kenal dan sembang langsung dengan mereka-mereka semua ni.RINDULAH SEMUA PP!
 SEPANJANG KEM PP




Meet my biro, BIRO ATURCARA DAN PROTOKOL(Atul sorang ja takde)


cool weyh dapat work in a team dengan biro kesenian ni!


hahahahaha..leste sat pakai seluaq kembang ni!


MINGGU HALUANSISWA ASASI SESI 2012/2013




See!60 PP manage 1507 students!




so, ni lah dia emcee untuk MALAM PERSEMBAHAN HALUANSISWA ASASI 2012/2013 yang saya dan saya punya biro dah trained. Asyraf,Syikin and me did the script.

**seronok sangat weyh jadi PP ni walaupun penat.Semua PP memang tabah lah sebab sabar ja dengar certain parents yang dok marah masa hari pendaftaran tu sebab ada masalah bilik tak cukup dan tidur pun tak menentu masa dan tempat.PP pun memang tak boleh nak buat apa sebenarnya, sebab ni kolej yang handle hal-hal bilik semua ni.Alhamdulillah,lepas hari pertama tu,everything goes smoothly la even ada sikit-sikit probs kat mana-mana.Can u imagine that 60 PPs handle 1507++ students?crazy kan but that is us!Alhamdulillah,ALLAH dah kurniakan kekuatan kepada semua PP untuk menjalankan tugas masing-masing dan semuanya berjalan dengan lancar.WE ARE LEGEND!!! :)
p/s-gambar ni semua sumber aku sendiri dan biro teknikal dan tugas-tugas khas.

Friday, May 18, 2012

18052012

 ASSALAMUALAIKUM
Haahhhhhh!down sangat buat masa sekarang sebab fikir macam-macam pasal result exam(takut tak dapat architecture..result yang lain-lain mesti gempak giler "dowh".. :()..owh,tanak fikir dh la..so,i uploaded some of my latest sketch(waaahhh!perasan designer jap!ehekkk!).... :)


A blue dress with a collar and drapping on waist..inspired by Yunani era


 A dress full with drapping on top inspired by nature..colour gradation is inspired from a tree and its leaves


A dress with fully drapping on top including hood at the back..i applied contra element to this dress through its colour..the top (orange) is contra to the dress(light purple)

Thursday, May 17, 2012

17052012

Hati bergelodak dasyat umpama badai membelah samudera di kala musim tengkujuh tiba..terasa seperti ditusuk selumbar yang mampu memberi luka yang amat dalam..bagaimana kalau aku tidak mendapat kos itu untuk ijazah sarjana muda nanti?hanya mampu berdoa dan bertawakkal kepada ALLAH S.W.T....

Wednesday, May 9, 2012

waaaahhh...seronok di Persona Motel milik ayah Can(Ikhsan)..sesaja dok kt kaunter perasasn receptionist sat....Lot88,Perdana Heights,Sungai Petani,Kedah...datanglah beramai-ramai..! :)

Friday, May 4, 2012

05052012

Inspired by Topman pattern and my Uniqlo jacket. :)


Saturday, April 28, 2012

28042012


This dress is inspired by Syomir Izwa and the natural fish scales.Colours used are contra to each other which are orange and green.



Wednesday, April 25, 2012

HABIS ASASI;KENANGAN DENGAN EMBUN :)

ASSALAMUALAIKUM....
Asasi dh habis,tapi baru nak tulis,ye lah baru balik rumah dan boleh lah nak rehat sepuas-puasnya.Dah la lama gila kot tak update blog ni,sebabnya projek,penat dan final exam.
Teringat balik masa mula-mula masuk UM dulu.Banyak kenangan dengan budak EMBUN.First day masuk DKB dengan muka yang SANGAT BERSEMANGAT.Merapu bersama-sama,gelak kuat-kuat kan?Buat projek sama-sama sampai tak tidur,bilik bersepah sampai nak duduk pun dah tak boleh pun tak kisah,janji projek siap.Study sama-sama time nak exam walaupun budak hayat and fizikal kata subjek kami ni senang-senang.Senang lah sangat kan,tak study fail jugak lah kan.Sama-sama kongsi idea walaupun nak nangis dah lepas kena crit session dengan lecturer.Malam Embun Malam dan Hari Embun akan diingati smpai bila-bila.
Harap-harap korang budak Embun ni dapatlah kos yang dihajati,dan moga jodohkita semua panjang sampai bila-bila....:)

Sumber:blog En.Taufiq..thanks yaa!(EMBUN-DESIGN,the last class)  


Sumber:Dolah..thanks yaa!(last paper,Dewan Peperiksaan,tapi tak semua yang ada)

Thursday, March 8, 2012

MALAM EMAS-kenangan indah!

Seminggu lalu(3 MARCH 2012),di Hotel Istana,Jalan Raja Chulan,Kuala Lumpur..Malam Emas Asasi 2011/2012..Yang aku boleh gambarkan,walau pelajar-pelajar Alam Bina yang hadir sedikit,tapi,kami tetap 'pegang' event ni..Alam Bina nampak SATU walau sedikit..Aku bangga dan seronok dan gembira dan rasa macam nak lompat-lompat pada malam tu..Meja 73(meja aku lah tu) dapat Best Theme Table dan Ersyad(alam bina jugak) dapat prince..Makanan mantap kecuali sup MASAM seafood..Emcee dan script mereka ja bagi aku kurang menyerlah tapi boleh diperbaiki lagi.. :)





ini scholmate(anis)





ini schoolmate(hadi-kanan sekali)






sumber gambar:mine,asyrani,umair

p/s-tak sabar nak tunggu MALAM EMBUN ahad ni!