I said..

LIFE IS NICE AND ENJOYABLE WHEN YOU SHARE SOMETHING WITH PEOPLE AROUND YOU..CHEER THEM..MAKE THEM LAUGH TOGETHER WITH YOU..do not underestimate others..everybody have their own weakness..principle always be in heart to have good personality..respect others..THAT IS THE REAL MEANING OF LIFE! :D

About Me

My photo
HAFIZ YUSOFF,fashion lover,sleep lover,nescafe lover,"pelik-pelik" lover,vintage lover,berseluar singkat sekali-sekala

Saturday, December 31, 2011

01012012

Best STALK orang di kala sunyi sepi-tahun baru-tanak tidoq lagi-tahan mata lagi

p/s-doakanlah supaya semuanya dipermudahkan-Nya untuk mendaki Bukit Broga Isnin ni IAllah.harap-harap jadi lah kot IAllah. :)

Friday, December 30, 2011

2011

ASSALAMUALAIKUM....

Menginjak ke tahun 2012 sudah,esok lusa.Update dululah untuk tahun 2011(agak bengong sikitlah ayat ni..lantaklah..! XD)


SEPANJANG 2011...


1-First time pengalaman kerja(ai jaga kounter cc u!hahaha).Ambik lesen motor,kereta nanti lahh..takot!


2-8A 2B-result SPM.Alhamdulillah(aku dah memang tak boleh dah ngan FIZIK.Nak kata minat,tak minat lah.JUJUR!Sebab tu aku dah lebih kurang macam nak give up dengan SPM.Macam manapun aku still struggle untuk subjek yang lain)


3-First time pengalaman interview(KPLSPM-PPC KIMIA.Tapi tak dapat.Depa bagi rekabentuk teknologi sekolah rendah.Serius nak sangat jadi cikgu kimia start lepas perfect score punya programme.Tapi,aku REDHA.)


4-Masuk PASUM-Pusat Asasi Sains Universiti Malaya(best sangat weyh!semua budak EMBUN stail gila baq hang.sama ja mcm kawan-kawan matjiwa dulu.Gila-gila.Gelong sikit especially ASYRANI,PUTRA dan FAIZ<----3 ekoq yang suka merapu.hilang masalah kot weyh!)


5-PERUBAHAN PALING BESAR-berubah daripada nak ambik engineering ke architecture.Ni semua sebab result SPM dan aku sedar aku dah tak boleh dah dengan FIZIK!Dan aku sedar aku bukannya seorang yang suka kira-kira bagai sebab masuk sekolah menengah start dari form 1 dah lembap ngan math bagai ni semua.Berdoa supaya dapat sambung archi untuk degree nanti!


Jadi,aku mengharapkan yang terbaik untuk tahun 2012 ni....


1-Menjadi lebih matang
2-Dapat kurangkan tidur dan lebihkan buat tutorial(haaaa?)
3-Tak kembung perut berangin lagi time hujung minggu orang balik   semua
4-Tak clumsy
5-menjadi hamba yang abdinya tak berbelah bahagi kepada Yang Maha Pencipta


-PAVILIION-
apa cerita 2011 anda-Diyana JonidBaihakiAmalMirul Biran Kutty

Tuesday, December 27, 2011

27122011

Sakit.Gembira.Sedih.Sihat.Ceria.Itu semua kurniaan Yang Maha Esa yang mempunyai hikmah yang kita tidak ketahui langsung.Aku hanya tahu mengeluh,tapi cekalkan hati ini Ya Allah.Penat.Tapi,bersabar wahai hati.Mungkin secebis dugaan sebagai pengajaran.Penghapus dosa mungkin.Aku tak tahu.Kesihatan tak menentu.Tapi,tak nak ke klinik,macam biasalah aku ni,tak suka ke klinik.Bukan sebab apa,tamau memanjakan diri dengan ubat sangat.Takut nanti jadi lagi lemah.Itu memang aku.Dari kecil lagi....
P/S-nak buat tutorial pun malas.

Sunday, December 25, 2011

26122011

ALHAMDULILLAH..dah beransur pulih sedikit..makan pun dah lalu sikit lah..kalau kelmarin,nak makan pun x lalu..nak jalan pun tak larat..melelong sedikit..semalam keluar jenjalan dengan schoolmate(syahril,lutfi dan shahidan) kononnya tamau memanjakan diri(petua madam suzy kalau sakit),tapi tak berhasil jugak,balik kolej tersadai lah jugak..tapi,still malas-malas lagi;nantilah upload gambar bagai,baju kat ampaian pn tak ambik lagi.KBAI >..<

Thursday, December 22, 2011

GHOST PROTOCOL

ASSALAMUALAIKUM....

Ini cerita tersangat best! maybe perfect 10 kot aku bagi.Anda-anda semua,cepat-cepatlah pegi TVG or GSC yang berdekatan untuk tengok.Serius tak rugi belanja sikit nak tengok movie ni.Aksi dalam cerita ni MANTAP! I loikkee! XD


Ini lah antara aksi takpun highlight cerita ni yang membuatkan penonton terjerit(AKULAH TU ORANGNYA!hahahahaha) dan boleh terbaling popcorn kot!kat Burj Dubai weyh!


p/s-tahniah budak PMR 2011 Sek.Men.Sains Sultan Mohamada Jiwa di       atas result PMR yg terbaik dalam sejarah Mat Jiwa(83/100 straight A's).Teringat masa ambik result PMR 2008 dolu-dolu.KETAQ LUTUT mau TAK MAKAN SEMINGGU kot weyh! XD

Monday, December 19, 2011

20112011

What an awsome night! Watching PARANORMAL ACTIVITIES 1 and 2!Perghhhh! Jerit siap kot..!'cinema' nya adalah A706(putra and azmin's room)..Popcorn tidak dibeli mahupun disediakan.Cuma beli roti canai kat mamak kat kafe.Tu pun makan lepas tengok movie.Tak sabar nak tengok part 3! Nak menjerit  lagi! Memang tak tidor kat bilik sendiri lah kan masing-masing.Sumbat sampai penuh la bilik putra! XD


p/s-nak roomate!

19122011

Oh No!!!
awkward and regretted and whatsoever feelings mix up today!
Nak makan sambal ikan bilis, tak dapat yang best..And rasa bersalah!
Oh No!!!!
"o"

Sunday, December 18, 2011

LIKE THE DESIGN!

oh!Really like these 2 designs,one by Alaxander Mcqueen and another one by Chanel.


 Alexander Mcqueen Fall/Winter 2010
(inspired by Byzantine art)

Chanel Pre Fall Paris-Bombay

Saturday, December 17, 2011

17122011

ASSALAMUALAIKUM....

Lama menyepi nampaknya.gara-gara sibuk(mungkin)....

Aduh!penat,tapi Alhamdulillah first assignment untuk subjek Basic Design,akhirnya berjaya disiapkan.Tajuknya:Design Principles and Concept in design.Lecturers pun suka.Alhamdulillah jugak.Walaupun tidor tak cukup,terjadi TRAGEDI DI PAGI HARI-BANGUN LAMBAT(usah dicerita lanjut..hahahah),tapi,tetap enjoy buat benda alah ni semua.

SPECIAL THANKS TO GROUP MATES:
1.ASYRANI(GROUP LEADER)
2.FAIZ
3.SYAZWANI OSMAN
4.AQILAH ZAMRI

Korang best!And nak mintak maaf kalau aku ada buat salah.Masa presentation best kot kan???nak satu group lagi ngan korang semua!=..=

12 jam(plus minus) menyiapkan presentation board....






inilah hasilnya....





thanks group mates....(2 dari kanan 2 ketua abi yg bukan group ini!hahahah XD)


 sekitar presentation(17/12/2011)


-"ABI" by ASYRANI-

Tuesday, December 13, 2011

PENAT =..=

ASSALAMULAIKUM....

Hari yang memenatkan.Jalan ke fakulti dan balik daripada fakulti dengan merentasi samudera dan sudah semestinya kasut basah kat bahagian depan(????) Sesi Figure Drawing yang memenatkan sebab melukis secara berdiri-toleh-toleh-belakang.Then,senior yg jd model cakap"apesal kau lukis aku TONGGEK?", ok fineeee.Padam,lukis lain. Jadi lah kot at last sebab tutor Azam pun ada perbetulkan jugak drawing tu.
(haihhh..bestnya golek-golek atas katil yang ada comforter gebu sambil mengeliat untuk regangkan urat! =..=)

figure drawing pertama dalam hidup kot!

Monday, December 12, 2011

Damn much loiikkeee this!
(Adele performing Set Fire to the Rain at Royal Albert Hall)

Friday, December 9, 2011

10122011

ASSALAMUALAIKUM....

OK!Sekarang ni gejala "ABI" semakin berleluasa nampaknya dalam kalangan budak-budak Alam Bina.Semuanya aku yang mulakan dulu! "KHOKKHHH"-----> rasanya boleh teka kan bunyi ni dari binatang jenis apa.HAHAHAHAHAH!Bukannya apa,kalau rasa penat bercakap ka,tadak idea ka,nk buat lawak ka or even nak annoyingkan orang pun boleh buat jugak.Memanglah binatang ni adalah haram dalam Islam,tapi aku hanya mengekspresikan perasaan aku sahaja melalui bunyi "KHOOKKKKKHHH".Sebagai penghibur hati mungkin! 


Dan lari sedikit daripada topik di atas.Baru aku tahu sidebar bagai tu boleh gerak-gerakkan ke mana jua yang kita mahukan<---- JAKUN IT! And this is the new look of my desktop! :)



Wednesday, December 7, 2011

HUJAN

'HUJAN'

Titisan demi titisan turun ke bumi
Mengikut hukum graviti
Tak pernah melawan hukum alam
Kau hanya mengikut arahan Maha Penciptamu
Walau kadang engkau dimaki dicerca
Engkau banyak berjasa buat semua makhluk lemah ini
Engkau membawa berita gembira
Juga duka lara seolah memahami kegusaran hati
Namun engkau tetap menjadi nadi kehidupan kami....

OLEH:HAFIZYUSOFF

kawan-kawan,bestnya anda-anda semua lari-lari dalam hujan!

Monday, December 5, 2011

syukur


Alhamdulillah,syukur YA ALLAH! Rezeki-Mu kali ini tak terhingga.Sangat tidak disangka.Apabila slip keputusan dibuka,bagaikan masa terhenti,jantung ini berdebar,BETULKAH???Betapa hati menyangkal tapi,memang benar.aku tak salah melihatnya.Nak melompat setinggi yang boleh dan senyum sentiasa,menggambarkan rezeki utk result final exam kali ini di luar jangkaan.Sungguh tak menyangka aku antara 5 sehingga 6 orang yang dikatakan oleh koordinator alam bina itu.SUNGGUH!ALHAMDULILLAH!TERIMA KASIH SEMUA! :D (ayat terharu....tak menyangka)

Thursday, December 1, 2011

01122011

Kehujanan.tak pakai kasut.lari-lari.DOMINOS PIZZA.gelak-gelak ketawa secara marathon tak henti-henti.beli barang banyak.kaki lenguh.pantang jumpa kerusi.gelak ketawa lagi.sembang kuat dalam teksi(pak cik teksi diam je).OMBAK RINDU.K BAI! :)